Assalamualaikum buat seluruh pembaca blog kita selaku umat Islam wajib melahirkan rasa kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab dan kejam regim Zionis Israel yang menyerang Armada kapal induk Mavi Marmara yang membawa misi kemanusiaan konvoi bantuan antarabangsa Gaza.
Serangan  Israel yang dilancarkan pagi tadi menyebabkan sehingga kini 16 orang  syahid dan 30 lagi cedera. Sehingga kini dilaporkan 9 orang warga Turki  dan bakinya adalah dari negara Arab yang terkorban di dalam misi  kemanusiaan terbesar ini. 
Konvoi  kemanusiaan Gaza-Freedom Fotilla untuk rakyat Gaza ini yang membawa 7  buah kapal dan membawa sejumlah besar aktivis sukarelawan yang terdiri  daripada ulamak, ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, aktivis,  seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang  warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. 
Konvoi  ini juga diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim  Vakfi (IHH) yang membawa 10,000 tan bantuan kemanusiaan untuk rakyat  Gaza. Selain itu, terdapat lebih daripada 50 buah negara menyertai  konvoi terbesar ini. Bahkan, tiada sebarang bentuk persenjataan dibawa  oleh sukarelawan konvoi walaupun tujuan untuk mempertahankan diri.
Seluruh  kerajaan didunia ini terutamanya kerajaan negara -negara Islam anggota  PBB, OIC, pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan  kerajaan dan semua pihak bangkit mengutuk tindakan kejam Zionis Israel  dan menuntut agar misi kemanusiaan terbesar ini dibenarkan masuk serta  dapat menghantar bantuan ke bumi Palestin Gaza.
Harapan  kita selaku umat islam yang mempunyai sensitiviti ummah perlu banyakkan  solat hajat dan berdoa kepada Allah untuk mengharapkan nusrahnya dalam  menghapuskan Zionist Yahudi Laknatullah di muka bumi ini.InsyaAllah  kemenangan umat Islam akan kembali 






















 
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar