Kasih Ibu kepada Anaknya
Dalam hadith yang lain, Nabi saw bersabda, “Takutlah kamu kepada Allah walaupun dengan separuh dari sebiji buah kurma”.
Diriwayatkan pada satu ketika, baginda saw masuk ke rumah isterinya, Aisyah. Didapatinya Aisyah sedang menangis lalu baginda saw bertanya, “Kenapa kamu menangis?” Jawab Aisyah, “Tadi telah datang seorang wanita bersama dua orang anaknya dan mereka meminta-minta. Sedang aku pada ketika itu hanya mempunyai 3 biji kurma. Lalu aku berikan kurma-kurma itu kepada mereka. Si ibu lalu memberikan dua biji kurma itu kepada kedua-dua orang anaknya setiap satu. Kemudian sampai giliran si ibu untuk memakan sebiji lagi. Apabila si ibu itu hendak memakannya maka kelihatan si anak seperti hendak mendapatkan bahagian ibunya. Ibunya langsung membahagikan kurma yang sebiji itu kepada dua bahagian lalu diberikan kepada kedua orang anaknya. Aku menangis bila mengenangkan sifat ibu yang sangat kasih dan belas kepada anak-anaknya”. Lalu Nabi saw bersabda, “Ketahuilah bahawa Allah Ta’ala akan mengampunkan si ibu tadi kerana sifat belas kasihannya itu”.
Dikutip dari Syarah Khas Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz
Tidak ada komentar:
Posting Komentar