Rasulullah S.A.W Suritauladan Sepanjang Zaman
- Amalan – Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit. (Riwayat Termizi dan Nasa’i daripada Aisyah dan Ummu Salamah)
- Tahajjud - Rasulullah bangun menghidupkan malam (tahajjud) hingga bengkaklah kedua kaki baginda. (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi, Nasa’i Ibnu Majah kepada Mughirah)
- Puasa - Rasulullah berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. (Riwayat Ibnu Majah)
- Pakaian – Adalah pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah SAW ialah gamis. (Riwayat Abu Daud, Termizi, Hakim daripada Ummu Salamah)
- Berserban – Apabila Rasulullah berserban baginda akan melabuhkan ekor serbannya antara dua bahunya. (Riwayaat at-Termizi daripada Ibnu Umar)
- Bertamu - Adalah Rasulullah SAW apabila mendatangi rumah seseorang, baginda tidak akan berdiri menghadap di hadapan pintu akan tetapi baginda akan berdiri di sebelah kanan atau kiri pintu sambil mengucapkan Assalamualaikum, Assalamualaikum. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud daripada Abdullah bin Bisr)
- Sujud Syukur – Apabila Rasulullah SAW didatangi dengan berita yang menggembirakan hatinya, baginda akan terus sujud sebagai tanda syukur pada Allah SWT. (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Bakrah)
- Berbaring – Apabila Rasulullah SAW hendak berbaring (untuk tidur), baginda akan meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya. (Riwayat Tabrani daripada Hafsah)
- Makan – Adalah Rasulullah SAW apabila baginda makan tengah hari, baginda tidak akan makan malam lagi dan jikalau baginda makan malam, baginda tidak akan makan tengahari. (Riwayat Abi Na’im daripada Abi Sa’id)
- Berwudhuk – Apabila Rasulullah SAW berwudhuk, baginda akan menyelati janggutnya dengan air. (Riwayat Tabrani daripada Ibnu Umar)
- Ketawa - Apabila Rasulullah SAW ketawa, baginda meletakkan tangannya di atas mulutnya. (Riwayat Bughawi daripada Walid Murrah)
- Istighfar – Apabila Rasulullah menghadiri satu majlis kemudian hendak bangun meninggalkannya, baginda akan beristighfar sebanyak sepuluh hingga lima belas kali. (Riwayat Ibnus Sinni daripada Abi Umamah)
- Berani - Adalah Nabi SAW orang yang paling baik, paling pemurah dan paling berani. (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah dari Anas)
- Benci dusta – Adalah perangai yang paling dibenci olehnya (Nabi SAW) ialah dusta. (Riwayat Baihaqi dari Aisyah)
- Marah – Apabila Rasulullah marah dan baginda dalam keadaan berdiri, baginda akan duduk, dan jikalau sedang duduk, baginda akan berbaring hingga hilanglah marahnya. (Riwayat Tabrani daripada Ibnu Mas’ud dan Ummu Salamah)
- Beri salam kepada kanak-kanak – Apabila Rasulullah lalu di hadapan kanak-kanak, Rasulullah akan memberi salam. (Riwayat Bukhari kepada Anas)
- Memotong kuku – Rasulullah memotong kuku dan menggunting misalnya pada hari Jumaat sebelum keluar sembahyang. (Riwayat Baihaqi kepada Abi Hurairah)
- Menerima berita – Apabila Rasulullah SAW didatangi dengan perkara (berita) yang menggembirakannya, baginda akan berkata “Alhamdulillahillazi bi ni’matihi tatimmus solihat”, dan apabila baginda didatangi perkara yang buruk, baginda akan berkata “Alhamdulillahi ‘ala kulli hal”. (Riwayat Ibnus Sinni dan Hakim daripada Aisyah)
Dipetik dari: Dunia Baru, Mei 1996
Tidak ada komentar:
Posting Komentar