Sabtu, 29 Januari 2011

Nasihat Habib Umar Bin Hafiz tentang Sholat

 

Sholat adalah sebagai hubungan langsung antara seorang hamba dan penciptanya. Dijadikan sejuk mata ini dengan sholat. Apabila Rasulullah s.a.w. menghadapi perkara-perkara yang berat, beliau mendirikan sholat, menghadap kepada Allah s.w.t. Manusia sekarang banyak yang tidak memahami apakah maksud dan faedah sholat.

Sholat yang tidak khusyu’ adalah seperti jasad tanpa ruh. Orang yang memberi hadiah kepada raja seorang hamba sahaya tanpa ruh akan dicaci dan dimaki oleh raja itu, karena perbuatan itu adalah seperti menghadiahkan bangkai semata-mata.



Rasulullah s.a.w. sering mengatakan kepada Bilal Bin Rabah (r.a.), “Ya Bilal ! Akim as-salah wa arihna biha“ yang bermaksud: “Hai Bilal! Dirikanlah solat dan rehatkan(istirahatkan) kami dengannya.“
Ada seorang sahabat yang buta telah berjumpa kepada Nabi s.a.w. untuk meminta disembuhkan matanya. Nabi s.a.w. menyuruh sahabat itu supaya bersabar saja dan memberi perjanjian bahwa beliau akan dimasukkan ke dalam syorga. Sahabat itu berkata bahawa dia ingin dimasukkan ke dalam syorga dan juga disembuhkan matanya. Lalu Nabi s.a.w. menyuruh sahabat itu sholat dua raka’at dan berdoa, bertawasul kepada Nabi s.a.w.

Sahabat itu pun melakukan sholat dan bertawasul kepada Nabi s.a.w. dengan mengatakan, “Ya Allah, dengan berkatnya Nabi Muhammad s.a.w., sembuhkan mataku ini.“ Lalu matanya pulih seperti semula.
Ada para malaikat yang diciptakan Allah hanya berdiri, rukuk, sujud dsb, hingga hari kiamat. Kita, umat Nabi s.a.w. dengan hanya dua raka’at saja sudah diberi ganjaran yang besar. Nabi s.a.w. dipanggil langsung melalui mi’raj untuk mendapatkan perintah sholat lima waktu.
6 Syarat Untuk Mendapatkan Sholat Yang Khusyu’
  • Dengan hati yang hadir: merasa kehadiran hati ketika mengucap kalimah-kalimah dalam sholat dan ketika melakukan pergerakan (perbuatan)
  • Harus memahami semua makna-makna yang dibaca di dalam sholat
  • Hati mesti merasakan ta’zim kepada Allah s.w.t. yaitu penghormatan dan pengagungan terhadap Allah s.w.t.
  • Harus memiliki rasa haibah, yaitu takut terhadap Allah s.w.t. Harus digabungkan antara perasaan ta’zim dan haibah
  • Raja’ yaitu harapan kepada Allah s.w.t. Bagaimana bisa diterima sholat kita tanpa perasaan raja’ terhadap Allah s.w.t.?
  • Haya’ yaitu perasaan malu terhadap Allah s.w.t. Kita mesti merasa serba kekurangan di sisi Allah s.w.t. Orang yang berhati khusyu’ dan bercahaya di sisi Allah s.w.t. selalu memiliki hati yang khusyu’, baik di dalam dan di luar solatnya.
Kesempurnaan khusyu’ dalam sholat adalah dengan tidak memikirkan yang lain melainkan hanya kepada Allah s.w.t. semata. Ada seorang sahabat yang was-was ketika sholat oleh kerana sangat memikirkan tentang takutnya terhadap Allah s.w.t. di hari kiamat. Para sahabat Rasulullah s.a.w. sangat hebat dalam khusyu’ mereka ketika mereka sholat.

Dalam suatu peperangan, Sayidina Abbas bin Bishair sedang ditugaskan untuk menjaga kemah sedangkan sahabatnya sedang tidur. Beliau lalu melakukan sholat. Ketika beliau sedang sholat ada seorang musuh yang tiba dan memanah beliau dan terkena kepada tubuh beliau. Beliau masih melakukan sholat (kerana khusyu’). Lalu beliau dipanah beberapa kali lagi sehingga darah beliau mengalir ke lantai dan mengalir kepada sahabatnya yang sedang tidur itu. Sahabat beliau terbangun dan musuh itu melarikan diri. Sahabat beliau sangat heran mengapa Sayidina Abbas, tidak batalkan sholatnya dan membangunkannya, ketika terkena panah yang pertama.

Sayidina Abbas berkata bahwa beliau sedang sangat khusyu’ membaca surah Al Kahfi dalam sholat tersebut. Orang yang sholat dengan betul (khusyu’) bisa membuka pintu ma’rifat kepada Allah s.w.t. Hatinya akan mabuk cinta kepada Allah s.wt. Dia hanya akan menyaksikan Allah s.w.t. dan tidak melihat kepada yang lain. Dia akan memandang maksiat sebagai sesuatu yang menjijikan.

Sayidina Umar Al Khatab (r.a.) berkata bahwa ada banyak orang Islam yang sholat dari umur kecil hinggakan tua tetapi tidak diterima Allah s.w.t. walaupun hanya satu sholatnya. Untuk menolong kami mendapatkan sholat yang khusyu’, Habib Umar Bin Hafiz nasihatkan supaya ketika masuk ke masjid membaca doa ini: A’uzubillahil Aziim Wa bi Wajhihil Kariim Wa Sultanihil Qadiim Minas syaitanir rajiim. artinya: Aku berlindung diri kepada Allah yang Maha Agung dan dengan wajahNya yang mulia, serta kekuasaanNya yang terdahulu, daripada bahaya syaitan yang terkutuk. (Dipetik dari “Al-Adzkar“ oleh Imam Nawawi)

Dan ketika hendak memulakan sholat, terlebih dahulu membaca Surah An-Nas (supaya kita dihindarkan perasaan was-was.)

Orang yang berbuat dosa tidak bisa merasakan kelezatan bermunajat kepada Allah s.w.t.
sumber :milis majelisrasulullah.yahoogroups.com

Tidak ada komentar: